JellyPages.com

Monday, 27 April 2015

REFLEKSI 1- Intan Nuramirah Rohaimi


bismillahirahmanirrahim..,

bersyukur di atas apa sahaja 
nikmat yang dikurniakan Tuhan. itulah sepotong ayat yang 
dapat saya gambarkan atas jalinan kasih yang telah kami semaikan bersama 

penghuni rumah anak-anak yatim At-Taqwa selama 3 hari iaitu pada 17 Mac, 20 dan 28 April 2015. walaupun ia nya nampak seperti hanya sepotong ayat yang biasa. tetapi kepada saya, ia memberi seribu makna. hal ini kerana walaupun kehidupan mereka penuh dengan perkongsian seperti berkongsi kasih sayang bersama penjaga rumah At-Taqwa yang juga berperanan sebagai ibu bapa mereka semua. berkongsi makanan, tempat tinggal dan sebagainya. mereka lebih kelihatan bahagia dan ceria, diukirkan pada senyuman dan 


gelak tawa mereka yang kelihatan tenang dan ikhlas. berbanding saya yang 
merasakan tidak pernah cukup dengan satu, sentiasakan mahukan 
yang lebih tetapi tidak mampu kelihatan sebahagia mereka. 
kurangnya dirinya memanjatkan rasa syukur, 
Allahuakhbar ... 


bersama-sama menyediakan makan petang iaitu samosa

kasih sayang yang mudah terjalin adalah antara perkara yang menarik perhatian saya tentang penghuni rumah At-Taqwa. tatkala saya sedang duduk bersama rakan-rakan datang seorang anak kecil yang memanggil ku. "kakak marilah sini, ada orang nak jumapa" katanya. rupa-rupanya dia ingin mengajak saya untuk berbual bersama rakannya yang lain. mereka sangatlah peramah dan macam-macam topik yang hendak mereka kongsikan bersama saya, terharunya rasa. mereka memang sangat mudah untuk didekati. tetapi berbeza pula dengan diri ini, yang kadang-kadang sukar untuk mendekati sesiapa yang asing bagiku atau untuk pertemuan kali pertama. paling saya terharu adalah apabila sepanjang perbualan kami, salah seorang dari mereka menggenggam erat tangan ini sambil bercerita dengan gelak tawa bersama. mungkin mereka berasa sangat senang atas kehadiran kami, jelas terpancar kasih sayang mereka yang tiada batasannya.


Elmy, kanak-kanak yang sangat gemar makan buah 

mereka melakukan tugas harian tanpa berkira, masing-masing bekerjasama dalam menguruskan rumah yang menjadi pelindung bagi mereka. pakaian mereka yang telah dibasuh akan dijemur dan diangkat setelah kering, tugasan ini dilakukan oleh mereka yang perempuan, tidak kurang juga yang masih berada di sekolah rendah sudah fasih melakukan tugas ini kerana sudah ada rasa tanggungjawab dalam diri mereka. jika dibandingkan dengan diri ini, sewaktu seusia mereka sepenuhnya dilakukan oleh orang tua ku. mereka sangat cekap, boleh diharap, dan mampu berdikari. pakaian yang telah diangkat akan diasingkan, di mana setiap kanak-kanak itu akan mengecam pakaian mereka. seterusnya akan mereka lipat, gosok yang mana perlu dan disusun rapi di dalam almari pakaian masing-masing. begitulah cara yang mereka gunakan untuk mengendalikan kesemua pakaian penghuni di rumah anak-anak yatim At-Taqwa.


buku-buka yang juga tersusun rapi

waktu hendak pulang adalah waktu yang paling perit di rasakan kerana terpaksa berpisah dengan kanak-kanak ini. mereka meminta agar kami untuk pulang pada malamnya,

"kakak, balik lah malam ye, pukul 10, tengok kami siapkan kerja rumah"

"kakak bila lagi nak datang sini?"
"kakak, kalau boleh datanglah tiap-tiap hari yee"

itulah antara dialog anak-anak kecil ini tatkala perasaan cinta dan kasih telah terjalin tapi apakan daya jadual telah ditetapkan dan terdapat tugasan lain yang perlu diselesaikan. sangat menyentuh perasaan diri ini, melihat sikap mereka yang sangat mengalu-alukan tetamu. terdetik dihati ini "adiikk., suatu hari nanti kakak akan datang lagi ye, pertemuan kita bukan bermkna terhenti di sini sahaja" 

InsyaAllah.... =)

SENYUM dan ucapkan ALHAMDULILLAH kerana ALLAH masih mengizinkan kita bersama mereka yang kita SAYANG ..


Refleksi: Intan Nuramirah bt Rohaimi

REFLEKSI 1- Wan Syahirah bt Mior Lokman

Assalamualaikum
Hye semua

20 April 2015 yang lalu kami telah ke Pertubuhan Kebajikan dan Bimbingan At Taqwa bagi menjalankan projek Jalinan Masyarakat.
Kami bertolak seawal jam 8 pagi dan terus ke Tesco Puchong untuk memberi barang keperluan yang akan digunakan sepanjang aktiviti kami di sana.

Kemesraan dan kerjasama berkumpulan dapat dilihat dengan jelas, dari perancangan hinggalah ke saat hari kejadian.

Setibanya kami di sana, kami disapa mesra oleh penghuni rumah kebajikan ini. Suasana pagi waktu pagi agak sunyi kerana ramai anak-anak yang masih berada di sekolah.
Sebelum memulakan aktiviti, kami bermesra sebentar bersama anak-anak yang ada di situ.

Jalinan Kasih Bersama Pertubuhan Kebajikan dan Bimbingan At Taqwa merupakan satu program di bawah subjek Jalinan Masyarakat . Pengalaman mengendalikan program seperti ini bersama 8 orang rakan yang lain sememangnya memberikan seribu satu makna dan pengalaman yang terbaik

Untuk aktiviti 20 April lalu, kami telah menyediakan minum petang buat semua penghuni Pertubuhan Kebajikan ini. Hidangan yang disediakan adalah jus mangga dan samosa gulung. Kami juga telah membantu anak-anak ini melipat baju-baju mereka, menyusun buku dan menghias ruang bacaan serta membersihkan rumah kebajikan ini. Aktiviti ini dilakukan bersama-sama anak-anak ini dan pengalaman ini amat tidak dapat saya lupakan.


Pengalaman yang menyeronokkan apabila melihat sokongan dan kerjasama dalam kalangan penghuni rumah kebajikan ini sendiri. Anak-anak di sini kelihatan seperti tidak pernah melakukan aktiviti seperti ini dan menurut pemilik rumah ini, mereka tidak menyediakan minum petang kerana tidak cukup pekerja untuk menyediakannya. Anak-anak ini makan 3 kali sehari iaitu pagi,tengah hari dan malam.


Pengalaman seperti ini tidak akan saya peroleh melalui pembacaan mahupun pembelajaran.
Melalui program ini saya sedar bahawa tidak semua memiliki kehidupan yang sempurna. Anak-anak di Pertubuhan kebajikan ini dijaga oleh insan yang sangat mulia jiwanya.
Anak-anak ini turut diberi peluang ke sekolah, mengaji dan sering menerima bantuan barangan keperluan serta makanan dari masyarakat sekitar.
Perkara yang menarik perhatian saya ialah anak-anak ini makan bersama dalam 1 talam. Makanan yang dikongsi ini menunjukkan bahawa kasih sayang mereka sangat erat dan mereka sangat bersyukur dengan setiap makanan yang terhidang. Masih ramai anak-anak ini yang tidak tahu apa itu samosa gulung dan hal ini membuatkan saya bersimpati terhadap mereka kerana mungkin bagi kita, samosa adalah makanan biasa yang mudah kita peroleh dimana-mana dan pada bila-bila masa. Namun bagi anak-anak di rumah ini, mereka hanya makan apa yang diberi sahaja tanpa keluhan.


Alhamdulillah..aktiviti di Pertubuhan Kebajikan dan Bimbingan At Taqwa 20 April 2014 yang lalu berjalan dengan lancar. Projek Jalinan Masyarakat ini memberi peluang kepada kami unuk mendekatkan diri dengan insan lain yang hidup di bumi yang sama tetapi cerita yang berbeza.
Sesuatu yang menyentuh hati apabila saat kami ingin pulang, anak-anak ini amat mengharapkan agar kami datang lagi ke sana dan menghabiskan masa bersama mereka hingga waktu malam.
Aktiviti seperti ini mengeratkan lagi hubungan kami sepasukan dan hubungan kami dengan penghuni rumah ini. Aktiviti kami berakhir jam 5.40 petang.
Layanan dari penghuni Pertubuhan Kebajikan dan Bimbingan At Taqwa amat istimewa dan kami berharap agar aktiviti seterusnya akan menjadi lebih indah bersama anak-anak ini.


Refleksi - Wan Syahirah binti Mior Lokman

REFLEKSI 1-Nurul Farahidayu Ahmad

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM W.B.T

 “Dan mereka bertanya kepadamu mengenai anak-anak yatim. Katakanlah, “Memperbaiki keadaan anak-anak yatim itu amat baik bagimu.” (QS Al Baqoroh,2:220).
Pengalaman mendewasakan kita, satu gambaran yang boleh diberikan terhadap aktiviti yang dirancang oleh saya bersama 8 rakan seperjuangan yang lain mengadakan program Jalinan Masyarakat di Rumah Anak-Anak Yatim At-Taqwa di Punca Perdana. Harapan saya sebelum menjalani program ini adalah untuk menjalinkan hubungan yang lebih rapat bersama penghuni di rumah tersebut dan memberi sedikit sebanyak kudrat serta pengalaman bernilai bersama mereka. Kunjungan kali kedua pada 24 April 2015, Saya belajar banyak perkara dalam menjalani program ini di mana usaha dalam satu kumpulan untuk menjayakan program ini. Hubugan yang lebih akrab juga terjalin dan bertambah mesra telah terbina di sini. Pengalaman mengajar kita erti hidup di mana saya perolehi di rumah anak-anak yatim tersebut iaitu melihat pengorbanan penghuni untuk menjaga anak-anak yatik dan anak-anak miskin di bawah jagaannya.

Di mana di rumah At-Taqwa ini menempatkan anak-anak yatim, anak-anak miskin dan juga anak-anak keluarga yang tidak mampu untuk menyara anaknya. Di sini, saya banyak menimba pengalaman yang berguna iaitu dapat menjalinkan hubungan yang erat bersama penghuni di sana, bersama-sama menjalankan aktiviti yang telah kami sediakan seperti menghias sudut bacaan, slot ADK dan juga memasak. Saya sangat gembira dan terharu dengan layanan kanak-kanak di rumah anak-anak yatim At-Taqwa tersebut. Di mana, mereka sangat suka akan kehadiran orang ramai untuk mengunjungi mereka. mereka bukanlah golongan yang kekurang tetapi adalah golongan yang istimewa, kita yang masih mempunyai ibu bapa, keluarga dan juga kewangan yang cukup seharusnya bersyukur dengan nikmat yang diberi oleh Allah S.W.T. Melihat karenah dan telatah kanak-kanak tersebut menimbulkan rasa terharu di lubuk hati saya, insan yang tidak saling mengenali tetapi hidup di bawah satu bumbung dan saling menjaga dan memerlukan antara satu sama lain. Dari situ saya belajar bahawa hubungan yang baik sesame manusia sangat diperlukan untuk kehidupa yang lebih sempurna. Sekian..






~REFLEKSI NURUL FARAHIDAYU BINTI AHMAD~