JellyPages.com

Monday 27 April 2015

REFLEKSI 1- Intan Nuramirah Rohaimi


bismillahirahmanirrahim..,

bersyukur di atas apa sahaja 
nikmat yang dikurniakan Tuhan. itulah sepotong ayat yang 
dapat saya gambarkan atas jalinan kasih yang telah kami semaikan bersama 

penghuni rumah anak-anak yatim At-Taqwa selama 3 hari iaitu pada 17 Mac, 20 dan 28 April 2015. walaupun ia nya nampak seperti hanya sepotong ayat yang biasa. tetapi kepada saya, ia memberi seribu makna. hal ini kerana walaupun kehidupan mereka penuh dengan perkongsian seperti berkongsi kasih sayang bersama penjaga rumah At-Taqwa yang juga berperanan sebagai ibu bapa mereka semua. berkongsi makanan, tempat tinggal dan sebagainya. mereka lebih kelihatan bahagia dan ceria, diukirkan pada senyuman dan 


gelak tawa mereka yang kelihatan tenang dan ikhlas. berbanding saya yang 
merasakan tidak pernah cukup dengan satu, sentiasakan mahukan 
yang lebih tetapi tidak mampu kelihatan sebahagia mereka. 
kurangnya dirinya memanjatkan rasa syukur, 
Allahuakhbar ... 


bersama-sama menyediakan makan petang iaitu samosa

kasih sayang yang mudah terjalin adalah antara perkara yang menarik perhatian saya tentang penghuni rumah At-Taqwa. tatkala saya sedang duduk bersama rakan-rakan datang seorang anak kecil yang memanggil ku. "kakak marilah sini, ada orang nak jumapa" katanya. rupa-rupanya dia ingin mengajak saya untuk berbual bersama rakannya yang lain. mereka sangatlah peramah dan macam-macam topik yang hendak mereka kongsikan bersama saya, terharunya rasa. mereka memang sangat mudah untuk didekati. tetapi berbeza pula dengan diri ini, yang kadang-kadang sukar untuk mendekati sesiapa yang asing bagiku atau untuk pertemuan kali pertama. paling saya terharu adalah apabila sepanjang perbualan kami, salah seorang dari mereka menggenggam erat tangan ini sambil bercerita dengan gelak tawa bersama. mungkin mereka berasa sangat senang atas kehadiran kami, jelas terpancar kasih sayang mereka yang tiada batasannya.


Elmy, kanak-kanak yang sangat gemar makan buah 

mereka melakukan tugas harian tanpa berkira, masing-masing bekerjasama dalam menguruskan rumah yang menjadi pelindung bagi mereka. pakaian mereka yang telah dibasuh akan dijemur dan diangkat setelah kering, tugasan ini dilakukan oleh mereka yang perempuan, tidak kurang juga yang masih berada di sekolah rendah sudah fasih melakukan tugas ini kerana sudah ada rasa tanggungjawab dalam diri mereka. jika dibandingkan dengan diri ini, sewaktu seusia mereka sepenuhnya dilakukan oleh orang tua ku. mereka sangat cekap, boleh diharap, dan mampu berdikari. pakaian yang telah diangkat akan diasingkan, di mana setiap kanak-kanak itu akan mengecam pakaian mereka. seterusnya akan mereka lipat, gosok yang mana perlu dan disusun rapi di dalam almari pakaian masing-masing. begitulah cara yang mereka gunakan untuk mengendalikan kesemua pakaian penghuni di rumah anak-anak yatim At-Taqwa.


buku-buka yang juga tersusun rapi

waktu hendak pulang adalah waktu yang paling perit di rasakan kerana terpaksa berpisah dengan kanak-kanak ini. mereka meminta agar kami untuk pulang pada malamnya,

"kakak, balik lah malam ye, pukul 10, tengok kami siapkan kerja rumah"

"kakak bila lagi nak datang sini?"
"kakak, kalau boleh datanglah tiap-tiap hari yee"

itulah antara dialog anak-anak kecil ini tatkala perasaan cinta dan kasih telah terjalin tapi apakan daya jadual telah ditetapkan dan terdapat tugasan lain yang perlu diselesaikan. sangat menyentuh perasaan diri ini, melihat sikap mereka yang sangat mengalu-alukan tetamu. terdetik dihati ini "adiikk., suatu hari nanti kakak akan datang lagi ye, pertemuan kita bukan bermkna terhenti di sini sahaja" 

InsyaAllah.... =)

SENYUM dan ucapkan ALHAMDULILLAH kerana ALLAH masih mengizinkan kita bersama mereka yang kita SAYANG ..


Refleksi: Intan Nuramirah bt Rohaimi

No comments:

Post a Comment