JellyPages.com

Monday, 4 May 2015

Resepi Cheesekut (28 April 2015)

Assalamualaikum
hye semua :))
Image result for cheesekut

Bahan-bahan :

3 Paket Biskut Marie berperisa coklat (ikut citarasa anda)
250gm Cheese Cream Tatura
2 cawan kecil gula.
1/2 tin atau lebih susu pekat mengikut selera masing-masing.
1 Coklat bar
1 buttercup


Cara-cara :

Step 1 :

  1. Pukul Cream Cheese.
  2. Masukkan susu pekat dan gula
  3. Masukkan susu segar dan putar sehingga kembang. 
  4. Lapis pertama mestilah Susunan biskut ye.

Step 2 :

  1. Panaskan kuali kemudian masukkan buttercup serta coklat.
  2. Masak sehingga agak pekat.

Step 3 :

  1. Hancurkan biskut dan ratakan di dalam bekas.
  2. Lapiskan biskut dengan cream cheese.
  3. Kemudian ratakan lagi biskut dan lapiskan dengan coklat.
  4. Ulang langkah 2 dan 3 sehingga habis kesemua bahan tadi.
  5. Cream cheese yang baki dicurahkan dilapisan paling atas sebagai lapisan terakhir.
  6. Simpan dalam peti ais sekurang-kurangnya 3 jam.


#Boleh hiaskan topping dengan apa sahaja kegemaran anda sepertu Milo, serbuk oreo atau pun sagat coklat.

Popia Sayur dan Telur. (28 April 2015)

Assalamualaikum...
hye semua :)
Image result for resepi popia
Menyediakan hidangan minum petang merupakan salah satu aktiviti kami di Pertubuhan Kebajikan dan Bimbingan At Taqwa kerana menurut pemilik rumah ini, mereka tidak menyediakan minum petang kerana kekangan masa dan tidak cukup pekerja. Pada 27 April yang lalu kami memilih untuk menyediakan 2 hidangan iaitu Popia saur dan telur serta Cheseekut.


Bahan-bahan :

50 kulit popia.
2 ulas bawang putih.
3 biji bawang besar.
3 biji telur
1 biji sengkuang
1 lobak merah
1 biji telur (untuk melekatkan samosa gulung)



Cara-cara :


  1. Bawang besar dan bawang putih dipotong dadu. Panaskan minyak dan tumis bawang sehingga naik bau.
  2. Masukkan telur sengkuang dan lobak merah. Gaul hingga sekata.
  3. Masukkan sedikit garam.
  4. Kacau hingga sekata.
  5. Tutup api dan biarkan sejuk seketika.
  6. Kemudian, ambil sekeping kulit popia, letakkan inti dan gulung. Letakkan sedikit telur di hujung kulit popia sebagai gam. Buat sehingga habis kulit popia.
  7. Goreng popia dalam kuali panas sehingga warna kekuningan.

Resepi Samosa Gulung (20 April 2015)

Assalamualaikum...
hye semua :)
Image result for resepi popia
Memasak hidangan minum petang merupakan salah satu aktiviti kami di Pertubuhan Kebajikan dan Bimbingan At Taqwa.
Menu pada 20 April yang lalu ialah SAMOSA GULUNG.


Bahan-bahan :

90 kulit popia.
2 ulas bawang putih.
3 biji bawang besar.
1 paket serbuk kari.
1 ekor ayam.
3 biji ubi kentang.
1 biji telur (untuk melekatkan samosa gulung)



Cara-cara :


  1. Bawang besar dan bawang putih dipotong dadu. Panaskan minyak dan tumis bawang sehingga naik bau.
  2. Masukkan isi ayam. Gaul hingga sekata.
  3. Masukkan ubi kentang yang telah dipotong dadu, serbuk kari dan sedikit garam.
  4. Kacau hingga sekata.
  5. Tutup api dan biarkan sejuk seketika.
  6. Kemudian, ambil sekeping kulit popia, letakkan inti dan gulung. Letakkan sedikit telur di hujung kulit popia sebagai gam. Buat sehingga habis kulit popia.
  7. Goreng samosa gulung dalam kuali panas sehingga warna kekuningan.