JellyPages.com

Monday 4 May 2015

Resepi Samosa Gulung (20 April 2015)

Assalamualaikum...
hye semua :)
Image result for resepi popia
Memasak hidangan minum petang merupakan salah satu aktiviti kami di Pertubuhan Kebajikan dan Bimbingan At Taqwa.
Menu pada 20 April yang lalu ialah SAMOSA GULUNG.


Bahan-bahan :

90 kulit popia.
2 ulas bawang putih.
3 biji bawang besar.
1 paket serbuk kari.
1 ekor ayam.
3 biji ubi kentang.
1 biji telur (untuk melekatkan samosa gulung)



Cara-cara :


  1. Bawang besar dan bawang putih dipotong dadu. Panaskan minyak dan tumis bawang sehingga naik bau.
  2. Masukkan isi ayam. Gaul hingga sekata.
  3. Masukkan ubi kentang yang telah dipotong dadu, serbuk kari dan sedikit garam.
  4. Kacau hingga sekata.
  5. Tutup api dan biarkan sejuk seketika.
  6. Kemudian, ambil sekeping kulit popia, letakkan inti dan gulung. Letakkan sedikit telur di hujung kulit popia sebagai gam. Buat sehingga habis kulit popia.
  7. Goreng samosa gulung dalam kuali panas sehingga warna kekuningan.

No comments:

Post a Comment