JellyPages.com

Monday 4 May 2015

Popia Sayur dan Telur. (28 April 2015)

Assalamualaikum...
hye semua :)
Image result for resepi popia
Menyediakan hidangan minum petang merupakan salah satu aktiviti kami di Pertubuhan Kebajikan dan Bimbingan At Taqwa kerana menurut pemilik rumah ini, mereka tidak menyediakan minum petang kerana kekangan masa dan tidak cukup pekerja. Pada 27 April yang lalu kami memilih untuk menyediakan 2 hidangan iaitu Popia saur dan telur serta Cheseekut.


Bahan-bahan :

50 kulit popia.
2 ulas bawang putih.
3 biji bawang besar.
3 biji telur
1 biji sengkuang
1 lobak merah
1 biji telur (untuk melekatkan samosa gulung)



Cara-cara :


  1. Bawang besar dan bawang putih dipotong dadu. Panaskan minyak dan tumis bawang sehingga naik bau.
  2. Masukkan telur sengkuang dan lobak merah. Gaul hingga sekata.
  3. Masukkan sedikit garam.
  4. Kacau hingga sekata.
  5. Tutup api dan biarkan sejuk seketika.
  6. Kemudian, ambil sekeping kulit popia, letakkan inti dan gulung. Letakkan sedikit telur di hujung kulit popia sebagai gam. Buat sehingga habis kulit popia.
  7. Goreng popia dalam kuali panas sehingga warna kekuningan.

No comments:

Post a Comment