JellyPages.com

Monday 4 May 2015

REFLEKSI 2-Intan Nuramirah Rohaimi

( hari ke-3 kami di sana pada 28 April 2015)


ikatan yang terjalin antara kami kini semakin kukuh, rasa sayang itu mula mengalir. tiba sahaja kami di sana, kanak-kanak tersebut terus menghampiri kami, pelbagai cerita yang tidak sabar-sabar ingin mereka kongsikan bersama. terasa berada dalam satu keluarga yang besar, kerana kehadiran kami sangat di nantikan mereka, terharu rasa hati ini apabila di layan sebegitu.





hilang semua masalah, rasa gembira, dan sangat bahagia apabila melayan kerenah anak-anak kecil ini.




sampai tertidur adik ini, selepas pelbagai aktiviti yang kami lakukan bersama. antaranya ialah menghasilkan seni di atas pinggan polisterin. pelbagai kretiviti terselah daripada anak-anak ini. seterusnya membaca buku cerita, melipat pakaian bersama-sama dan bermacam-macam lagi.





tersentuh hati ini apabila purdah ini, dipakaikan sendiri oleh adik Intan kepada saya. kebetulan namanya sama dengan nama saya, membuatkan anak ini lebih senang untuk berdamping dengan saya.




tatkala semua orang sedang sibuk melakukan tugas masing-masing. tiba-tiba adik Intan menghampiriku lalu berbisik "kak Intan, marilah ikut saya sekejap, saya ada sesuatu untuk kakak" katanya. sambil tangan ini dipimpin di bawanya saya masuk ke dalam bilik. rupa-rupanya purdah yang dipakaikan kepada saya tadi, ingin dia hadiahkan kepada saya. ya Allah sungguh murni hatimu adik. di purdah tersebut, tertulis nama saya (kak intan). sangat menyentuh hati melihat gelagat anak ini. bukan itu sahaja, berserta origami berbentuk hati dan ditulisnya biodata ringkas mengenai dirinya serta pinggan polisterin yang tertera nama saya dihadiahkannya yang entah bila adik ini siapkan untuk saya. terkedu rasanya..





sungguh indah perjalanan kami ke rumah Anak-anak Yatim At-Taqwa. segala memori, kenangan, ilmu, yang kami peroleh tiada nilainya. pelbagai perkara yang saya pelajari daripada hasil kami ke sana antaranya ialah, nilai kasih sayang, sifat bersyukur, sikap lebih memberi daripada menerima walaupun yang dimiliki itu tidak lah seberapa (sedekah) dan macam-macam lagi . jika ada kelapangan ingin sahaja diri ini berkunjung ke sana, InsyaAllah..

by : Intan Nuramirah Rohaimi

No comments:

Post a Comment