JellyPages.com

Monday 4 May 2015

REFLEKSI 2-Farah Hanani binti Hishamudin.

              Assalamualaikum dan selamat sejahtera......
              
              Pada 28 April 2015,kami telah pergi melawat sekali lagi ke rumah anak-anak yatim At Taqwa.Kami ke sana untuk melawat adik-adik di sana dan meluangkan masa dengan mereka.Setibanya kami di sana,adik-adik di rumah anak yatim tersebut menyambut kami dengan perasaan gembira dan teruja.Saya dapat merasakan bahawa mereka amat menunggu kedatangan kami.Kami juga berasa gembira dan rindu dengan adik-adik di sana.

              Apabila tiba disana,kami membuat aktiviti seni dengan adik-adik tersebut.Kami telah menyediakan pinggan polistrin,krayon dan warna air untuk mereka.Kami mengajak mereka melukis sesuatu yang mereka suka atas pinggan-pinggan tersebut.Mereka melukis macam-macam seperti gambar rumah,haiwan dan ada juga yang menulis nama mereka.Lukisan-lukisan yang dihasilkan oleh mereka amat comel.






                                    
                                       

Hasil lukisan-lukisan yang dibuat oleh mereka.Comel kan?

            Mereka membuat lukisan -lukisan itu dengan gembira sekali.Terdapat juga yang melukis sesuatu yang mereka ingini untuk masa hadapan seperti rumah,kereta dan sebagainya.Semasa aktiviti ini,kami juga turut melukis sekali bersama mereka.Saya dapat merasakan hubungan yang dijalinkan dengan adik-adik di sana bertambah erat.

            Seterusnya,kami juga membuat aktiviti memasak dengan mereka.Pada kali ini kami telah membuat popia yang berinti sayur dan Cheesekut.Kami telah melakukan aktiviti ini bersama-sama dengan mereka juga.Nampaknya mereka sudah semakin pandai membuat menggulung popia setelah diajar pada minggu lepas.





             Seterusnya semasa menunggu masa makan,kami mengembil kesempatan ini untuk bergambar dan bebual dengan adik-adik di rumah anak yatim tersebut.







             Pada mulanya adik-adik ini sangat malu bila diajak untuk bergambar tetapi akhirnya......mereka suka dan mahu bergambar dan berposing dengan kami.Disini,saya dapat merasakan hubungan antara kami dan adik-adik tersebut terjalin dengan amat baik sekali.Mereka tidak lagi malu,rendah diri dan janggal dengan kami.Malah,mereka boleh bergurau dan gelak-gelak sakan dengan kami.


Adik ini menunjukkan lesung pipitnya sambil berposing :) comel kan?

           Semasa waktu makan,mereka amat gembira sekali untuk rasa kuih popia yang mereka gulung dan cheesekut.Adik-adik tersebut mengatakan kuih popia dan cheesekut amat sedap dan habis dalam masa yang singkat.Kami dapat merasakan mereka amat suka juadah pada hari tersebut.

           Akhir sekali,sudah tiba masanya untuk kami pulang.Adik-adik di sana seperti tidak mahu kami pulang balik.Mereka asyik bertanya,

             'Kakak balik pukul berapa?'
             'Kakak nak balik dah ke?'
              'Kakak datang lagi tak?'
           
           Sayu rasa hati ini untuk meninggalkan mereka pada hari tersebut.Walauapapun,Insyaallah kami akan datang lagi ke sana untuk melawat adik-adik di rumah anak yatim At Taqwa.Sesungguhnya,pelbagai perkara yang saya pelajari semasa menjalankan aktiviti di sana,seperti sentiasa bersyukur dengan apa yang dikurniakan kepada kita sekarang.Selain itu,kita juga hendaklah sentiasa memupuk sikap untuk bersedekah kepada mereka yang memerlukan.Sesungguhnya,yang memberi itu lebih baik daripada yang menerima.

            



             Sekalung penghargaan kepada pengurus rumah anak-anak yatim At Taqwa iaitu Ustazah Norhayati kerana sudi memberi kerjasama dan mengizinkan kami menjalankan program jalinan masyarakat dengan adik-adik rumah anak-anak yatim At Taqwa ini.Semoga Ustazah dan adik-adik sentiasa diberkati dan dirahmati Allah.Amin..Insyaallah kami akan datang lagi untuk melawat mereka.....





No comments:

Post a Comment