JellyPages.com

Monday 4 May 2015

REFLEKSI 2 : Nurul Farahidayu binti Ahmad.

BISMILLAHHIRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM W.B.T
(SELASA, 28 APRIL 2014, HARI KETIGA)


Perpisahan adalah sesuatu yang bagaikan 2 keping mata uang dengan sebuah pertemuan, diawali dengan pertemuan dan mau tidak mau,suka atau tidak suka perpisahan selalu menjadi penutup dari setiap pertemuan. Namun kita terkadang bisa memilih perpisahan seperti apakah yang akan kita tinggalkan , kesan buruk atau baik?

Hari ketiga di rumah anak-anak yatim At-Taqwa adalah hari yang paling gembira, sayu, menyedihkan dan berbau perasaan yang sangat sukar untuk menninggalkan adik-adik di rumah tersebut yang sudah terlalu rapat dan mesra dengan kami. Perpisahan yang terjadi ini bukanlah satu pengakhiran bagi kami, ia Cuma pengakhiran projek jalinan masyarakat ini tetapi ikatan ukhuwah yang terbina tidak akan terpisah selama-lamanya.

Setibanya kami di rumah tersebut kami memulakan program bersama-sama adik-adik disana iaitu menyediakan dan membuat cendarahati, apa yang paling menyentuh perasaan saya ialah apabila hampir seluruh adik-adik yang berada di situ meminta saya untuk menulis nama mereka sebagai kenangan-kenangan dan juga seorang adik ini yang bernama Danial meminta saya melukis panda untuknya, katanya :

“kak ayu, boleh tak buatkan saya panda”?
“saya nak panda muka yang comel xnak yang garang2 taw!”
“ni gambar dia lukis macam ni taw!”





Sesungguhnya saya sangat gembira melihat mereka sangat teruja dengan aktiviti yang kami lakukan itu, hampir kesemuanya terlibat menjalankan aktiviti tersebut.

Pada sebelah petang, saya dan rakan-rakan yang lain menyediakan dua jenis hidangan untuk minum petang iaitu kek cheese, popia sayur dan juga minuman. seorang adik ini yang bernama Khairul tiba-tiba datang dan menanyakan :

“kak kak, buat popia lagi tak”?
“popia haritu sedap”
“saya nak makan lagi popia itu, buatkan boleh, nanti tunggu saya habis mengaji saya nak tolong buat sekali taw, jangan buat lagi, tunggu saya!”


Terujanya adik Khairul membuat kami semua lebih-lebih lagi teruja untuk menyediakan mereka makanan di samping dibantu oleh mereka juga. Tidak lama kemudia yang menyentuh hati saya apabila Ustaz meminta saya untuk menyediakan kopi untuk beliau yang pada awalnya kami sangat takut atau tidak berani terhadap beliau, kerana Ustaz ni agak garang dan tidak ramah, tetapi setelah beliau melihat kesungguhan kami menjalankan aktiviti ini akhirnya dia terima kedatangan kami dengan hati yang terbuka.




Selesai segala aktiviti, kami duduk beramai-ramai sambil makan popia sayur yang dibuat bersama sambil mendengar sedikit penerangan daripada Ustazah tentang pengalaman dan aktiviti harian mereka di rumah tersebut.


Saat saya mendukung dan meribakan adik Qaib, terasa sebak dan sayu dalam hati saya, terkenang betapa bersyukurnya saya dilahirkan dalam keluarga yang sederhana walaupun tidak kaya, ia cukup membahagiakan saya. Sayu hati saya melihat dengan selera dia memakan popia sayur yang di buat oleh kami. Saya hairan kenapa dia makan sedikit demi sedikit rupa-rupanya bibir dia luka dan sakit. Saya sudah tertambat hati menyayangi adik-adik di rumah At-Taqwa ini. Kehidupan kita hanyalah sementara sebagai manusia kita harus saling membantu dan menghargai antara satu sama lain. Qaib adalah seorang budak yang baik, lemah lembut dan sangat mesra dengan kedatangan kami. Saya mengharapkan agar dia membesar menjadi seorang yang berjaya, berilmu dan beriman memandangkan dia adalah penghuni rumah anak-anak yatim yang paling kecil ia menjadikan saya satu semangat untuk menjadi seorang yang berbakti kepada mereka dan juga orang-orang lain.



Sesungguhnya, perpisahan saya dengan adik-adik ini tidak berakhir disini sahaja, apabila berkelapangan saya akan datang untuk menjenguk mereka lagi. Sedih dan sayu sangat terasa di lubuk hati apabila melihat lambaian mereka yang sangat sayu untuk melihat kepulangan kami ke Universiti. Ikatan yang terjalin rapat sukar untuk dileraikan. Sampai bila-bila kenangan ini menjadi suatu pengalaman yang terindah. Rasa kasih dan sayang terhadap adik-adik ini sangat lah tebal. Kemeriahan suasana dan keriangan mereka menyambut kedatangan kami sangatlah kami hargai. Semoga ikatan yang terjalin ini kekal sehingga ke akhirnya……. Pengalaman yang paling berharga….




By~NURUL FARAHIDAYU BINTI AHMAD 

No comments:

Post a Comment