JellyPages.com

Wednesday 29 April 2015

REFLEKSI 1 : Siti Nazhatul Nadira Binti Azhar

Refleksi 1 : Siti Nazhatul Nadira Binti Azhar
(Hari Isnin bersamaan 20/4/15)






Saya bersama-sama lapan ahli dalam kumpulan ini telah menjalankan Program Jalinan Masyarakat Bersama Rumah Pertubuhan Kebajikan dan Bimbingan At Taqwa di Taman Putra Perdana, Puchong. Program Jalinan Masyarakat ini dijalankan bagi memenuhi tugasan bagi kursus Jalinan Masyarakat (GXEX1417) di bawah bimbingan Dr. Noor Aishah Binti Rosli. Strategi utama program ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara para mahasiswa Universiti Malaya dengan semua penghuni Rumah Pertubuhan Kebajikan dan Bimbingan At Taqwa dan memberi pendedahan kepada para mahasiswa Universiti Malaya untuk mengendalikan atau menguruskan sesuatu program kemasyarakatan. 


Kami juga ingin menggunakan peluang keemasan ini untuk mensungkil seberapa banyak pengalaman dan kenangan bersama warga Rumah Pertubuhan Kebajikan dan Bimbingan At Taqwa agar dapat menimba pengalaman dan pengetahuan yang baharu sekali gus dapat mewujudkan hubungan atau jalinan yang erat antara satu sama lain. 







Pada hari Isnin bersamaan 20 April 2015, kami bertolak dari Universiti Malaya ke Rumah Pertubuhan Kebajikan dan Bimbingan At Taqwa tepat jam 8.00 pagi dengan menaiki sebuah kereta. Segala kelengkapan dan keperluan dibawa sama. Kami bergerak kesana dengan penuh rasa gembira dan bersemangat kerana ingin berjumpa dengan adik-adik dan semua penghuni rumah tersebut. 


Dalam hati merasakan hiba kerana mengenangkan nasib adik-adik yang begitu tabah menghadapi ujian dan dugaan hidup tanpa ibu bapa kandung di sisi mereka. Perjalanan kami penuh dengan kenangan bersama-sama rakan-rakan memerah keringat dan idea yang perlu kami lakukan untuk memberikan terbaik buat adik-adik dan penghuni rumah tersebut. 







Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 2 jam. Kami tiba di Rumah Pertubuhan Kebajikan dan Bimbingan At Taqwa pada jam 10.30 pagi. Setibanya kami disana, kami disambut baik oleh Ustazah Norhayati dan Encik Amran selaku pengurus Rumah Pertubuhan Kebajikan dan Bimbingan At Taqwa dan semua adik-adik yang tinggal di rumah tersebut. 

Saya teringat lagi tatkala kaki belum melangkah lagi ke pintu rumah tersebut, seorang adik memberikan senyuman yang sangat manis kepada kami dengan wajah yang penuh dengan keceriaan seperti jiwanya tenang sekali. Ya Allah sungguh tabah hati adik ini.

Kami memasuki rumah tersebut dengan penuh harapan bahawa kedatangan kami ini dapat membantu sedikit sebanyak yang kekurangan disana. Kami beramah mesra dengan semua adik-adik dan warga penghuni disana. Alhamdulilah semua berjalan lancar. Kami membantu mengemas sekitar halaman rumah. Kami mengemas sudut bacaan dan menghiasnya supaya adik-adik lebih berminat untuk membaca lebih banyak bahan ilmiah.

 



Setelah selesai menghias sudut bacaan, kami melakukan aktiviti seterusnya dengan membuat samosa/popia berinti kentang dan ayam. Kami melakukan bersama-sama adik-adik di rumah tersebut. Permulaannya kami membuat inti samosa tersebut terlebih dahulu, kami mengopek bawang, mengulas kulit kentang, mencincang ayam. kemudian kami masak inti tersebut dan setelah masak. kami biarkan sejuk terlebih dahulu.



Seterusnya, aktiviti menggulung popia bermula, kami menggulung popia bersama adik-adik. Hendak di jadikan cerita,di antara kami lupa cara lipatan samosa jadi solusinya kami buat gulungan sahaja. Terdapat pelbagai saiz gulungan popia, ada yang kecil-kecil, ada yang besar-besar, ada yang panjang-panjang gulungannya. Seronok hati kami melihat gelagat adik-adik yang begitu teruja menggulung popia tersebut. 



Setelah selesai menggulung popia, mulalah aktiviti menggoreng popia pula. Saya begitu geli hati mendengar pertanyaan dari seorang adik yang bernama Daniel yang mengatakan "Akak, ni kuih apa?"     "kenapa kuih ni ada yang gemuk, ada yang kurus?"




Aktiviti menggoreng popia sudahpun selesai, kami menjamu selera bersama-sama adik-adik dan semua warga di rumah tersebut. Minum petang itu juga dihidangkan dengan air teh O panas dan air mangga. Melihat mereka menjamu selera, kami berasa puas kerana dapat meluangkan masa bersama dengan memasak. 

Jam sudahpun menunjukkan pukul 5. Hati kami sungguh berat untuk pulang meninggalkan adik-adik dan warga rumah tersebut. Kami terpaksa bertolak pulang walaupun hati berasa hiba mengenangkan sepanjang satu hari kami meluangkan masa bersama dengan melakukan aktiviti.

Namun begitu, kami bersukur kerana segala perjalanan program kami dipermudahkan. Sebelum kami pulang, kami sempat berbual dengan adik-adik di rumah tersebut. Mereka memeluk kami dengan erat dan mengharapkan kehadiran kami lagi kesana. Aktiviti yang kami lakukan disini, bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan kami sesama ahli kumpulan malahan hubungan kami terjalin erat bersama adik-adik dan warga di Rumah Pertubuhan Kebajikan dan Bimbingan At Taqwa. Harapan kami semoga aktiviti seterusnya yang akan dijalankan pada 28 April 2015 dapat dijalankan dengan baik dan lancar serta dipermudahkan segala urusan kami. InsyaAllah. 




 


 





 





 



No comments:

Post a Comment