JellyPages.com

Monday 27 April 2015

REFLEKSI 1- Farah Hanani Hishamudin


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua................


Pada 20 April yang lalu,iaitu hari pertama kami pergi ke Pertubuhan Kebajikan dan Bimbingan At Taqwa bagi menjalankan projek Jalinan Masyarakat.Projek kami bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim dengan adik-adik di sana disamping menggembirakan mereka.

Kami bertolak dari Universiti Malaya pada pukul 8 pagi dan singgah di Tesco Puchong terlebih dahulu untuk membeli barang-barang keperluan untuk digunakan dan diberi kepada adik-adik disana.



Setibanya kami disana,kami disambut dengan mesra oleh pengurus rumah anak yatim tersebut dan adik-adik kecil yang sangat comel dan banyak telatahnya.Walaupun pada mulanya agak sepi kerana ada di antara mereka bersekolah pada waktu pagi.


Aktiviti utama kami pada hari itu adalah memasak bersama-sama penghuni rumah anak-anak yatim At-Taqwa.Menu kami pada hari itu ialah kuih samosa untuk minum petang mereka.





Selain itu,kami juga meluangkan bersama-sama adik-adik di sana dengan membaca buku cerita bersama mereka.



Kami juga turut membantu menceriakan sudut bacaan mereka dengan menambah bahan-bahan bacaan dan meengemas sudut bacaan mereka.Adik-adik di sana sangat suka apabila kami membawa buku komik untuk mereka.

Pada pukul 5 petang,tibanya masa untuk kami pulang.Adik-adik disana sangat gembira dengan kedatangan kami dan adik Daniel bertanya :


"Kakak nak balik dah ke?nanti kakak datang lagi tak?"

Sangat gembira bercampur terharu apabila kami tahu bahawa kedatangan kami ke sana amat membuatkan mereka gembira.

Setelah meluangkan masa yang lama dengan mereka,saya telah belajar sesuatu daripada mereka iaitu bersyukur dan sentiasalah menghargai kehidupan kita yang sempurna untuk sementara ini sebelum kesempurnaan ini ditarik kembali.


REFLEKSI DARIPADA FARAH HANANI BINTI HISHAMUDIN...

No comments:

Post a Comment