JellyPages.com

Monday 27 April 2015

REFLEKSI 1-Anisah Ibrahim

Refleksi Anisah Ibrahim

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerna dengan limpah dan kurnianya dapat kami menjalankan program Titian Kasih bersama penghuni rumah anak-anak yatim At-Taqwa, pada 20 April yang lalu.


Program ini merupakan sebuah program yang dijalankan dibawah subjek Jalinan Masyarakat yang dibimbing oleh Dr Aishah. Objektif utama program ini ialah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara mahasiswa yang terdiri daripada 8 orang pelajar tahun pertama Sarjana Muda Kaunseling, Universiti Malaya dengan penghuni rumah anak-anak yatim At-Taqwa. Menerusi program ini kami bukan saja dapat pendedahan untuk melaksanakan program kemasyarakatan bahkan ianya juga memberikan sebuah pengalaman yang berharga yang tidak mungkin dapat kami lupakan. Sebagai mahasiswa kami sentiasa sibuk dengan tugasan-tugasan yang diberikan, justeru program ini menjadi platfrom untuk kami berinteraksi dengan anggota masyarakat khasnya anak-anak yatim At-Taqwa.


Sebelum kami bertolak ke rumah anak-anak yatim At-Taqwa, kami singgah ke Tesco, Puchong terlebih dahulu untuk membeli barang-barang masakan dan peralatan menghias sudut bacaan di rumah tersebut. 

Setibanya kami di rumah anak-anak yatim At-Taqwa kami disambut mesra oleh penjaga rumah anak yatim tersebut. Kami memperkenalkan diri masing-masing dan berkenalan dengan beberapa penghuni yang berada di sana, Sebahagian daripada  mereka menghadiri sekolah pagi manakala yang lain pula bersekolah petang. 


Semasa kami mula-mula sampai, kami disapa oleh salah seorang penghuni rumah anak-anak yatim ini yang sangat peramah dan mudah mesra dengan orang lain. Adik ini bernama Tohid. Antara soalan yang diutarakan oleh adik ini ialah "Akak nak buat apa kak?". Saat yang menyentuh hati kami ialah apabila dia bertanya "Akak ada bawa mainan tak?". Tika itu saya rasa bersalah kerana tidak terfikir untuk membelikan ole-ole untuk penghuni rumah anak yatim tersebut.

Sudut Bacaan

Kami memulakan aktiviti menghias sudut bacaan, dengan dibantu oleh beberapa penghuni rumah tersebut.

Menjelang tengah hari, beberapa penghuni rumah anak-anak yatim tersebut pulang daripada sekolah, kami dapat berkenalan lebih rapat lagi dengan mereka. Mereka ramah dan mesra dengan kami malah kebanyakan mereka kelihatan gembira menerima kunjungan daripada kami.

Selepas selesai solat Zohor dan kelas mengaji, kami menjalankan sesi membaca buku cerita bersama penghuni rumah anak-anak yatim ini, mereka meminta kami membaca buku cerita yang dipilih dan kebanyakan mereka kelihatan teruja sehingga minta diulang cerita tersebut.



Aktiviti kami diteruskan lagi dengan membuat samosa untuk hidangan minum petang mereka, anak-anak juga turut membantu kami menyiapkan bahan-bahan yang diperlukan. Kami berkerjasama menyediakan juadah ini dengan bantuan daripada penghuni rumah ini. Hal ini, secara tidak langsung mengeratkan lagi interaksi dan jalinan kasih antara kami dengan mereka.



Membuat Samosa bersama-sama

Sebelum berangkat pulang kami berkesempatan berbual dengan pemilik rumah anak-anak yatim At-Taqwa ini iaitu Ustazah Norhayati mengenai aktiviti yang dijalankan di rumah ini, perkembangan penghuninya dan sebagainya. Beliau berbesar hati mengalu-alukan program  titian kasih yang kami jalankan.



Banyak kenangan, pengalaman serta ilmu baru yang dapat kami perolehi sepanjang sehari berada di sini. Dalam berpasukan, kami dapat bekerjasama antara satu sama lain bagi menjayakan program ini,  hubungan antara kami juga menjadi lebih akrab dengan  adanya interaksi berkesan sepanjang perjalanan pergi dan balik serta dalam usaha bersama-sama menjana idea bagi memastikan program titian kasih ini berjalan dengan jayanya. Kami juga dapat meningkatkan kemahiran  berkomunikasi dengan orang lain, bukan sahaja dengan pemilik, penjaga rumah anak-anak yatim ini, bahkan penghuni iaitu anak-anak yang majoritinya berusia dalam lingkungan lima hingga belasan tahun. Disini kami dapat mengaplikasikan teori-teori perkembangan kanak-kanak yang kami pelajari melalui interaksi dengan anak-anak ini.

Melihat anak-anak ini membuatkan saya merasa kagum dengan disiplin yang diterapkan kepada mereka. Mereka akan bersedia untuk solat berjemaah bersama-sama dan menghadiri kelas mengaji  tepat pada waktu yang telah ditetapkan.  Mereka juga saling bantu-membantu antara satu sama lain, semasa mengagih-agihkan kain masing-masing seorang penghuni iaitu adik Ain sentiasa mengumpulkan baju kak Nana yang ketika itu sedang mengaji. Ini menunjukkan betapa mereka saling membantu dan menghormati penghuni yang lebih berusia daripada mereka.

Saya merasa bersyukur kerana berpelung terlibat dalam program ini. Program ini sedikti sebanyak menyedarkan saya untuk sentiasa mensyukuri nikmat yang telah kita perolehi dan sentiasa peka terhadap orang yang lebih memerlukan.  Seandainay kita merasa susah sebenarnya ada orang lain yang lebih susah daripada kita. Syukurilah apa yang dimiliki dan jangan mengabaikan kedua ibu-bapa kita kerana diluar sana ada yang mendambakan kasih sayang kedua ibu bapa yang tidak dapat mereka perolehi.  Hargailah selagi ada, ibu bapa hanya satu di dunia, kerana keredhan Allah letaknya dibawah keredhan ibu bapa.


Refleksi Anisah Ibrahim











No comments:

Post a Comment