JellyPages.com

Tuesday 21 April 2015

Program Jalinan Kasih.

PROGRAM JALINAN KASIH BERSAMA PERTUBUHAN 
KEBAJIKAN DAN BIMBINGAN AT TAQWA



1.0 TUJUAN PROGRAM

Kertas kerja ini bertujuan untuk membentangkan secara terperinci mengenai aktiviti perjalanan program ke Rumah Anak-Anak Yatim AT-TAQWA di Taman Putra Perdana. Aktiviti ini dijalankan oleh para mahasisiwa Tahun 1, Ijazah Sarjana Muda Kaunseling Universiti Malaya, bagi memenuhi tugasan kerja lapangan bagi kursus Jalinan Masyarakat (GXEX1417) di bawah bimbingan Dr. Aishah 

Strategi utama program ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara para mahasiswa Universiti Malaya dengan semua penghuni Rumah Anak-Anak Yatim AT-TAQWA dan memberi pendedahan kepada para mahasiswa Universiti Malaya untuk mengendalikan atau menguruskan sesuatu program kemasyarakatan. 

Kami juga ingin menggunakan peluang keemasan ini untuk mencungkil seberapa banyak pengalaman bersama warga Rumah Anak-Anak Yatim AT-TAQWA agar dapat menimba pengalaman dan ilmu pengetahuan yang baharu sekali gus dapat mewujudkan hubungan atau jalinan yang erat antara satu sama lain. 

Sekiranya diberi peluang kepada kami untuk menyumbangkan pandangan dan keringat demi memantapkan kemahiran para mahasiswa Universiti Malaya, kami akan melakukan lebih banyak agenda yang lebih menyumbang kepada masyarakat dari segi kebajikan, keperluan dan sebagainya secara berterusan supaya kehidupan masyarakat dari aspek sosial lebih terjamin. 

Sehubungan dengan itu, setelah membuat perhitungan dan perbincangan objektif, belanjawan, misi dan sasaran mengenai projek ini. Kami telah sebulat suara untuk memilih Rumah Anak-Anak Yatim AT-TAQWA di Taman Putra Perdana sebagai tempat perkongsian ilmu serta menimba pengalaman bersama-sama mereka secara berterusan supaya objektif kajian ini dapat dicapai dengan jayanya.



2.0 OBJEKTIF

2.1 Mengeratkan hubungan silaturrahim antara para mahasiswa Universiti Malaya dengan semua penghuni Rumah Anak-Anak Yatim AT-TAQWA
2.2 Memberi pendedahan kepada para mahasiswa Universiti Malaya untuk mengendalikan atau menguruskan sesuatu program kemasyarakatan 



3.0 PENGLIBATAN PROGRAM


3.1 Jumlah peserta adalah seramai 30-40 orang
3.2 Jumlah urusetia adalah seramai 8 orang



4.0 MAKLUMAT PROGRAM


Nama Program : Program Jalinan Bersama Pertubuhan Kebajikan Dan Bimbingan AT-TAQWA.
Tarikh : 17 Mac 2015, 20 April 2015 dan 27 April 2015.
Hari : Selasa, Isnin dan Isnin.
Tempat : Rumah Anak-Anak Yatim AT-TAQWA di Taman Putra Perdana.
Anjuran : Mahasiswa Tahun 1 Universiti Malaya.



PENUTUP


Kami berharap program ini mendapat perhatian dan pertimbangan serta kerjasama yang sewajarnya dari pihak terbabit agar kita semua dapat menimba pengalaman dan ilmu daripada program ini. Semoga projek ini akan berjalan dengan jayanya serta mencapai matlamat dan objektif yang telah digariskan. Harapan pihak kami juga akan lebih tinggi sekiranya program ini dapat dilakuan secara berterusan dengan bantuan dan sokongan daripada pelbagai pihak. Segala jasa baik dan sokongan yang diberikan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

No comments:

Post a Comment