JellyPages.com

Tuesday 28 April 2015

REFLEKSI 1- salwa hasanah

Assalamualaikum..


Alhamdulillah pada 17 Mac dan 20 April 2015, saya bersama ahli kumpulan berpeluang untuk bersama-sama anak-anak yatim Rumah At-Taqwa,Kepong bagi menjalankan projek Jalinan masyarakat. Sebagai pelajar kaunseling,peluang sebegini merupakan peluang keemasan bagi kami untuk lebih mendekati masyarakat yang kurang bernasib baik.

Sebagaimana didalam tentatif dan perancangan projek,kami bertolak dari Universiti Malaya pada jam 8.00 pagi (20 April 2015) dan terus bergerak ke Tesco Kepong untuk membeli barang keperluan bagi aktiviti pertama kami iaitu memasak bersama anak-anak yatim.



Selepas selesai membeli barang,kami terus bergerak ke Rumah Anak-anak yatim . Setibanya disana, kami disambut mesra oleh pekerja amal disana. Sebelum memulakan aktiviti pertama kami, kami sempat berbual dan mengenali sebahagian anak-anak yatim dan pekerja amal disana.

Untuk aktiviti pertama,kami menyediakan minuman petang untuk anak-anak yatim disana. Juadah minuman petang yang disediakan oleh kami ialah jus mangga dan samosa gulung. Sambil memasak, sebahagian daripada ahli kumpulan membantu anak-anak yatim menyusun buku,melipat baju sambil beramah mesra.

.






Gembira apabila dapat melihat anak-anak yatim gembira. Kerjasama oleh pihak Rumah anak-anak yatim juga banyak membantu kami sepanjang aktiviti dijalankan. Aktiviti seperti memasak,membaca buku bersama mereka,mengemas rumah anak-anak yatim dan lain-lain mengeratkan lagi hubungan antara dua pihak. Sungguh, anak-anak yatim sangat memerlukan masyarakat untuk mendampingi mereka untuk berkongsi kasih sayang.

Alhamdulillah,perjalanan projek kami dipermudahkan. Sebelum kami pulang pada jam 5.30 petang, sempat kami berbual dengan anak-anak yatim. Mereka memeluk kami dan mengharapkan kami datang kembali kesana.Bagi saya, aktiviti ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan kami sesama ahli kumpulan tetapi hubungan bersama masyarakat terutamanya anak-anak yatim di Rumah At-Taqwa. Harapan saya,aktiviti seterusnya iaitu pada 28 April 2015 dapat dijalankan dengan lancar dan dipermudahkan urusan kami InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment